Monday, March 24, 2014

Thursday, November 21, 2013

Apa difikirkan

Lembaran itu

nampak timbul tenggelam

di olak

di alun

persis pasrah pada musim

kemarau hujan

tapi masih ada

ceria

menanti cerita

pabila mukabuku

di selak jua naskahnya

satu persatu

gigil dan berat

sedekad baru mampu

di habiskan satu mukabuku






Saturday, June 25, 2011

3 tambah 2

Jawabnya lima.


Bagai rumah usang tinggalan.
Tambahan angka dua kerana hampir dua tahun juga tangan ini tidak patuh pada imbasan fikir.

Cukupkah jadikan arkib sahaja.
Kisah di tinggal pada paku yang terpahat di pagar dekad sana atau terikat di buah betis yang berlari ikut setiap langkah melangkah-langkah pintu usia terkuak.